Fly Away
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

owner


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

tagboard

Replace with your cbox code

Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

Awesome Night
Monday 5 August 2013 • 09:05 • 0 comments



Hari ini mungkin hari yang kedua saya meng-update post di blog ini , fuh , my roomate`s sister ni, dah berapa kali pesan , "kak muni, jangan lah malas, blog kak muni tuh , saya tengok macam dah sesarang labah dah, bila nak update ? " , setiap hari , kalau bercakap tentang Dunia Blogging ni, pasti sengaja kena ya, bukan terkena, juga tempias nya. Hehe, btw hari ni mood blogging tuh dah ada.Apa tajuk kali ini? Awesome Night ? Apa tu? Malam yang terindah / Ini bukan malam yang terindah apa pun, bukan ada something yang Duble Wow gitu terjadi , tapi something yang Double plus Triple plus awesome plus blabla Wow Gitu yang terjadi.
Tetapi, saya belum pasti , insyaAllah ia tejadi.

Semalam seperti yang hari-hari yang biasa kita lalui , hari-hari ganjil kita lalu , pasti akan hujan . Malam semalam , hujan lebat juga kat sini. And, malam semalam terasa tenang je . Btw , makan untuk berbuka puasa semalam romantik sangat . Makan dalam gelap tanpa lampu yang menghiasi meja or whatever .

Lailatul Qadar . Wah , sungguh unuk namanya . Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik daripada x1000 bulan. Ianya juga diceritakan didalam al-quran, Surah  Al-Qadr. Ianya ada terselit disini , jom tengok.



Tu dia.. Hari ini terasa sejuk je , nyaman. Pagi tadi nak sahur, buka langsir kejap , tak dengar apa-apa pun, even cengkerik pun. Hari ini juga ramai yang cakap malam tadi ke? Update status lagi dalam facebook , twitter or whatever can update .InsyaAllah semalam. Seronok je rasa. Semalam , cakap pada Ummi, "Ummi , kalau bangun esok , kejutkan eh" , Ummi pula yang bercakap banyak  , "Ek, eleh, ummi kejut nak sahur pun malas, ni nak qiam. " Hehe, aku mampu tersenyum je lah. Tapi , abah kejutkan pagi tadi , pukul 5.10 a.m. , aku terus je bangun , dan melakukan suruhan sunatNya , insyaAllah. Hari ini, baru aku tahu makna yang begitu indah tentang Hari/ Malam yang baik daripada seribu bulan ini. Alhamdulillah. Harap-harap Allah memperdengarkan.



Okey lah, setakat itu saja rasa. No Idea come right now. Tapi, insyaAllah, blog ini akan diisikan lagi minyaknya . Hehe . Oh , lupa nak bagi salam tadi . Assalamualaikum , Walaikumusalam . Bye !



0 Comments:

Post a Comment


|