Fly Away
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

owner


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

tagboard

Replace with your cbox code

Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

Always with T.E.A.R.S
Saturday 21 September 2013 • 01:02 • 0 comments



Assalamualaikum .
Sekarang jarum jam dah menginjak ingin ke pukul 1 . Tapi aku masih setia mengadap laptop.
Hati ini sungguh berasa sangat takut dan sangat lemah. Jiwa ini meronta-ronta untuk dilepaskan . Aku inginkan kebahagian , kebebasan , ketenangan.



Ya Allah . Peritnya untuk melalui hidup sebagai khalifah yang dipilih olehMu untuk dijadikan seorang penghafaz Al-Quran. Ya Allah , kalau aku tahu hidup untuk lalui sebagai penghafaz al-quran ini begini, aku lebih sanggup menjadi seorang biasa, yang hanya membaca Al-Quran. Bukan aku tak nak untuk dijadikan penghafaz Al-Quran , tapi aku takut sekiranya nanti aku tidak dapat menjaganya dengan betul, aku takut sekiranya nanti Al-Quran yang kan melaknat aku. Aku takut sekiranya nanti aku yang akan beratur di hadapan Firaun untuk ke neraka. Aku takut semua tu. Pernah sekali aku menangis kerna aku tak sanggupuntuk masuk ke nerakamu, tapi kawan ku datang kepadaku dan berkata "kita semua kan masuk nereka dahulu, baru masuk syurga. Sebab dosa yang kita buat masih banyak."

AllahuRabbi , bergelinang air mata aku , apabila seorang ustaz berdoa untuk hukum aku dan kawan-kawanku , ya Ustaz itu ada dihadapan aku dan kawan-kawan ku semua .
"Ya Allah , hukumlah mereka Ya Allah, Mereka banyak dosa. Hukumlah mereka. Kau datangkan lah angin yang bertiup kencang , Ya Allah !" Menggigil badanku.

Betul apa yang kawanku kata . Aku tak layak untuk ke Syurga , aku tak sanggup untuk ke neraka , Ya Allah. Ustaz yang sama juga bercerita kepada kami , form 2 ketika disurau , ada makhluk Allah , iaitu binatang yang besarnya tidak dapat dijangka , tingginya seakan-akan langit dan bumi, panjangnya seakan-akan dari timur dan barat . Giginya seperti pisau tajam yang diletakkan seurat rambut diatasnya , terus terbelah dua. Ya , ianya sangat pelik dan dinamakan Dabbatul Ard. Ustaz pernah kata "Binatang ni akan makan orang yang tak beriman dan yang paling penting orang macam kamu semua yang tak pernah langsung nak ambil berat tentang Al-Quran , yang sentiasa lalai, yang tak memahami isi Al-Quran . Yang tak ikut apa yang dibaca . Dan yang lupa ayat-ayat Al-Quran." Allah ! Sungguh besar tanggungjawab seorang penghafaz Al-Quran ini. Dan aku yang mungkin akan melalui itu semua. Bait-bait Al-Quran yang aku hafaz , satu pun tak melekat dalalm ingatan aku , mungkin hanya 6 atau berapa surah yang aku ingat. Itupun juzuk `amal , juzuk 30. Ya Allah, bantuhilah kami , bantuhilah kami yang dipilih oleh mu untuk dijadikan khalifah atas bumi ini , bantuhilah kami agar kami mendapat syafaat dari Al-Quran yang kami hafaz , bantuhilah kami. Ringankanlah beban kami. Ringkanlah kaki kami untuk melangkah ke Syurga. Jauhilah kami daripada maksiat dan  tipu dunia semata-mata. Ya Allah.

Allah , perdengarkanlah rintihan hambamu ini. Hambamu ini sangat inginkan kasih sayang Mu , kasih sayang seorang Rasul. Jadikanlah kami yang terbaik di hadapan mu Ya Allah. Amin Ya Rabb !



0 Comments:

Post a Comment


|