Fly Away
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

owner


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

tagboard

Replace with your cbox code

Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

AllahuAkbar !
Monday, 14 October 2013 • 15:39 • 0 comments



" Datang sini , datang sini semua , kau dengar sini , Anisha bakal membuatkan batch kita rosak . Dia bakal jadikan batch kita batch yang teruk " . " Ah ! , aku tak percaya , kau orang tipu . Dia tak macam tu . Kau tak masuk akal , tinggalkan mereka ." Luluh jantung hati aku apabila dengarkan suara-suara ini . Dia adalah sahabat aku . Aku tak pernah sakitkan hati dia . Mungkin hanya kerana insan yang bernama 'lelaki' , dia buat apa saja untuk jatuhkan aku . Aku tak kisah , asalkan kau bahagia . Asalkan hati kau puas . Aku tak kisah  . Tapi aku tak nak suatu hari nanti kau sakitkan hati kawan karibmu sendiri hanya kerna lelaki . Kita masih remaja . Belum layak untuk remaja seperti kita , fikir perihal lelaki , mereka tak penting . Aku mohon , jangan jadikan dikau macam orang yang bodoh .

-2013-

" Dulu , Anisha baik sangat tak sombong , sekarang tengoklah apa dah jadi , sejak dia kawan dengan mereka . Aku nak Anisha yang dulu . Yang periang , yang baik , yang selalu main kejar-kejar dengan aku . Aku nak Anisha dulu , aku bencikan Anisha yang baru ! ".

Aku benci mereka ! Kenapa mereka tinggalkan aku ? Kenapa aku jadi macam ni ? Kenapa aku terlalu berubah ? Ini gara-gara aku dan kau orang . Kau yang bawa aku masuk dalam dunia macam ni . Aku terjebak , aku terpedaya . Aku jadi macam ni gara-gara aku terpilih untuk bersama-sama kau bagi menguruskan kerja-kerja . Aku jadi macam ni sebab aku mengalami tekanan emosi di tempat ini . Aku tinggalkan kawan karibku , aku datang kepada kawan yang telah menabur fitnah kepada aku . Semakin hari , hidup aku rasa sesak , aku benci dengan kerlingan-kerlingan tajam daripada kamu semua . Tolong bantu aku , aku nak berubah . Aku nak berubah .

Dulu aku seorang yang terbuka hati untuk berkawan dengan sesiapapun , tapi sekarang aku yang dianggap sebagai ketua dalam satu geng di sini . Aku rasa bodoh ! Semua pandang rendah padaku , termasuk rakan-rakan dan teman karibku . Aku terjebak dalam dunia sosial . Aku selalu fikir perihal lelaki . Dan saat ini , akulah perempuan yang bodoh ! Aku tak fikirkan keluargaku , aku tak fikirkan status aku sebagai penghafaz al-quran , aku lupa ! Ya Allah , peritnya dugaanMu .

Mulai saat ini , aku tidak dihiraukan , aku disingkirkan . Bukan sahaja senior-senior malah rakan-rakan seperjuanganku sekalipun . Langsung membiarkan aku leka , aku lara , aku lalai dengan mereka . Prestasi akademikku semakin turun , prestasi hafazan ku juga semakin jatuh merundum . Allahu Rabbi ! Aku dipandang rendah sekarang , hatta murabbi-murabbi pun . Aku seperti dipandang jijik , dipandang keji , apa yang aku buat sampaikan kau semua bencikan aku begitu sekali . Ya , mungkin dulu aku seperti seorang yang jahil tapi sekarang aku betul-betul tekad untuk berubah . Demi ibu , Demi Ayah . Demi Allah . Demi Rasulullah . Demi Agama . Demi status aku khalifah Allah . Demi kejayaan aku di dunia dan diakhirat . Dan sekarang aku takut jawatan aku sebagai Setiausaha Sidang Agama akan diambil ! Aku takut , dan sekiranya itu berlaku , aku , aku mungkin tidak bersedia .

Tolong berikan aku peluang sekali lagi , berikan aku peluang sekali lagi . Aku akan berubah . Aku akan kembali kepada Aku yang baru ! Itu azam aku . Dan jika kau semua boleh dengar rintihan aku . Aku tak inginkan simpati kamu, aku inginkan doa kamu , aku inginkan sokongan kamu . Dan mungkin aku meginiginkan belas kasihan sayang kamu . Jika kau tidak berikan aku peluang untuk aku tunjukkan perubahan aku . Jika kau terus lihat kan kejahatan aku . Aku redha , biarlah di hadapan Allah aku dipandang tinggi . Betul sungguh perit untuk khalifah Allah menjalani kehidupan . Terus diuji dan diuji . Betul , Allah sedang uji aku .












~Sedang dilalui oleh seorang insan . Anisha hanyalah nama rekaan semata-mata .


0 Comments:

Post a Comment


|